TAPAH: Seramai 10 lagi tahanan yang meloloskan diri dari Depot Sementara Imigresen Bidor pada Khamis, berjaya diberkas semula setakat pukul 5 petang Sabtu.
Ia menjadikan jumlah yang ditahan semula setakat ini ialah 51 orang.
Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, tangkapan terbaharu 10 etnik Rohingya itu dilakukan pasukan operasi khas polis dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) pada jam 3 petang.
“Hasil maklumat orang awam, kami telah berjaya menangkap 10 lelaki etnik Rohingya di ladang sawit Kampung Senta, Bidor,” katanya dalam kenyataan petang ini.
Menurutnya, pihak polis percaya masih ramai tahanan yang lolos itu berada di hutan serta kampung sekitar kawasan Tapah dan Bidor.
Operasi pada Sabtu melibatkan 253 anggota dari pelbagai agensi seperti dari IPD Tapah seramai 84 orang, JIM (41), IPK Perak (25), PGA (37), K9 Bukit Aman (15) dan Unit Drone (3).
Dalam kenyataan yang dikeluarkan jam 12 tengah hari Sabtu, Mohd Yusri berkata, sehingga malam tadi, 41 tahanan dari depot berkenaan berjaya diberkas.
Operasi yang diteruskan malam tadi berjaya menahan semula dua etnik Rohingya di Kampung Ampang Woh Batu 7, Jalan Pahang, Tapah, pada pukul 8.40 malam.
Sekitar jam 9.50 malam Khamis, seramai 131 lelaki warga negara Myanmar melarikan diri daripada Depot Imigresen Sementara Bidor, dekat Tapah.
Seorang daripada mereka meninggal dunia selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 335 Lebuh Raya Utara Selatan, arah utara.
Abd Razak Mohd Ali
Sun Feb 04 2024
Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, tangkapan terbaharu 10 etnik Rohingya itu dilakukan pasukan operasi khas polis dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) pada jam 3 petang. - Foto FB Polis Daerah Tapah
Dua maut, lima hilang bot dan kapal bertembung
Lapan orang dewasa berada di atas bot bermotor kecil itu ketika berlaku perlanggaran.
Serpihan komet melalui langit Portugal, Sepanyol
Fenomena astronomi berkenaan dapat dilihat dengan jelas di pelbagai bahagian di Sepanyol dan Portugal.
500,000 kanak-kanak di Gaza alami trauma perang - UNRWA
Lazzarini turut mendakwa tentera Israel bertindak menceroboh premis PBB dan mengganggu kakitangan UNRWA.
Tok Mat doa operasi SAR Presiden Iran berjalan lancar
Mohamad Hasan mendoakan kelicinan operasi mencari dan menyelamat nahas helikopter yang melibatkan Presiden Iran Ebrahim Raisi dan Menteri Luar Iran.
Raja Salman jalani rawatan radang paru-paru
Raja Salman yang berusia 88 tahun itu akan dirawat dengan antibiotik sehingga keadaan radangnya pulih.
Chelsea layak beraksi di Eropah musim hadapan
Caicedo meletakkan mereka di landasan untuk tiga mata pada separuh masa pertama dengan penyudah jarak jauh yang menakjubkan.
Hampir setiap hari ada yang sesat, mujur ada Pasukan Peronda TH
Inspektor Mohamed Amer memaklumkan kes jemaah haji tersesat atau tersasar berlaku hampir setiap hari terutama dalam kalangan yang baru tiba.
Berakhirnya era Jurgen Klopp dengan kemenangan Liverpool
Jurgen Klopp menamatkan pimpinannya yang menakjubkan di Liverpool dengan kemenangan 2-0 ke atas Wolves yang beraksi 10 pemain di Anfield.
Manchester United akhiri musim dengan pencapaian terburuk
14 kekalahan liga mereka dalam satu musim adalah yang tertinggi sejak mencatatkan 16 kekalahan semasa kempen 1989-90 di bawah Sir Alex Ferguson.
Pas kutuk ugutan bunuh terhadap Teresa Kok
Parti itu turut bersolidariti dengan Kok dalam isu keselamatan dan perlindungan diri daripada sebarang perbuatan jenayah.
Tujuh lagi pendatang tanpa izin lolos ditahan, 98 berjaya diberkas setakat ini
Kesemua tangkapan itu dibuat oleh Pasukan Khas dari Ibu Pejabat Polis Daerah bersama Pasukan Gerakan Am Briged Utara pada kira-kira 3 petang.
Tahanan lolos di Bidor: 83 diberkas, 46 masih diburu setakat pagi Selasa
Daripada jumlah itu, 61 orang diberkas pihak polis manakala 22 lagi oleh pihak imigresen.
Tahanan lolos di Bidor: Seorang maut kemalangan, tiga lagi diberkas
Kejadian berlaku di Kilometer 332.5, berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Tapah.
Tahanan lolos minta makanan, mahu pinjam telefon, wang penduduk
Kehadiran tahanan disedari penduduk apabila mereka mahu pinjam telefon bimbit, makanan selain wang.
Tahanan lolos di Bidor: 10 lagi ditahan semula setakat 5 petang Sabtu
Seramai 10 lagi tahanan yang meloloskan diri dari Depot Sementara Imigresen Bidor pada Khamis, berjaya diberkas semula setakat pukul 5 petang Sabtu.
Pendatang lolos di Bidor: 39 ditahan setakat 8 malam ini - Polis
Sebanyak 39 daripada 131 pendatang asing tanpa izin yang lolos dari Depot Imigresen Sementara Bidor pada Khamis lepas, telah ditahan setakat 8 malam ini.
Operasi kesan tahanan lolos di Bidor diteruskan malam ini
Mereka dibahagi kepada dua kumpulan dan laluan agak mencabar dengan keadaan tanah yang becak dan licin serta gelap.
Tahanan penjara lolos ketika dapatkan rawatan di hospital
Seorang tahanan penjara dilaporkan melarikan diri sewaktu mendapatkan rawatan di Hospital Sungai Bakap (HSB), Pulau Pinang pada petang Isnin.
Polis sahkan ada tahanan lolos di lokap IPD Dang Wangi
Polis mengesahkan seorang tahanan telah meloloskan diri dari lokap di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.
Tahanan lolos dari lokap balai berjaya ditahan semula
Seorang daripada dua suspek warga asing yang melarikan diri dari lokap Balai Polis Tapah dekat sini Isnin lepas berjaya ditahan semula di sebuah kawasan kolam pancing di Jalan Kuching-Serian, 9 pagi t